Pekerja jumpa bom lama seberat 227kg di Air Panas Jasin

SEORANG pekerja lelaki menemukan sebiji bom lama seberat 227 kilogram (kg) di sebuah tapak projek di Kampung Air Panas Bemban di Jasin semalam.

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintenden Lee Robert berkata, bom berkenaan ditemukan pekerja berusia 52 tahun ketika menjalankan kerja-kerja mengorek tanah di tapak projek itu kira-kira jam 3 petang.

BOM seberat 227 kilogram yang ditemukan di tapak projek di Kampung Air Panas Bemban di Jasin, Melaka, semalam. GAMBAR: IPD Jasin

Beliau berkata, siasatan awal oleh Unit Persenjataan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin mengesahkan objek berkenaan merupakan sejenis aerial bomb seberat 227 kg, berdiameter antara 27 hingga 36 sentimeter dan sepanjang 1.14 meter.

“Bom yang telah berkarat itu dijadualkan untuk dimusnahkan hari ini mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi memastikan keselamatan orang awam serta kawasan sekitar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Lee dalam pada itu menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran kepada masyarakat dan menjejaskan ketenteraman awam.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img