Pekerja kilang didakwa bunuh ibu kandung

SEORANG pekerja kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Setar hari ini atas pertuduhan membunuh ibu kandungnya yang juga seorang eksekutif bank, awal bulan ini.

Amirul Shafiq Shamsul Zahari, 29, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Eliana Ismail.

Tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi, lapor Bernama.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa membunuh Zahrulail Basir, 52, di sebuah rumah di Taman Sultan Abdul Halim, Alor Setar antara 3.15 pagi hingga 8 pagi 2 Februari.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun dan sebatan tidak kurang 12 kali jika tidak dijatuhi hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 11 Mei sebagai tarikh sebutan semula kes bagi laporan bedah siasat dan forensik.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Fatin Azera Norhisham manakala Amirul Shafiq tidak diwakili peguam.

Pada 2 Februari lalu, polis menerima panggilan berhubung pembunuhan itu daripada seorang lagi anak wanita tersebut pada 8.45 pagi sebelum suspek, anak sulung mangsa ditahan 8.34 malam hari sama semasa dalam perjalanan ke Selangor dengan menaiki bas.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img