Pelajar Kolej Komuniti maut di Durian Tunggal dalam kemalangan tiga kenderaan

SEORANG pelajar Kolej Komuniti maut selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Bukit Tambun, Durian Tunggal, Melaka, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 pagi itu, pelajar berusia  20 tahun itu dikatakan dalam perjalanan dari Sungai Udang menuju ke kampus sebelum motosikal yang ditungganginya hilang kawalan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ahmad Abu Bakar berkata, siasatan awal mendapati motosikal mangsa melanggar bahagian belakang sebelah kanan sebuah kereta jenis Honda City yang dipandu seorang wanita berusia 48 tahun.

Katanya, berikutan perlanggaran tersebut, mangsa terjatuh ke laluan bertentangan sebelum dilanggar sebuah treler dipandu lelaki berusia 49 tahun.

“Pelanggaran itu menyebabkan motosikal mangsa mengalami kerosakan teruk manakala mangsa mengalami kecederaan parah,” katanya dalam kenyataan.

Ahmad berkata, mangsa dihantar  ke Hospital Melaka namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

‘’Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Nurul Salina Rosli di talian 011-2543 5507 bagi membantu siasatan,’’ katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img