Pemandu lori rentung dalam kemalangan di Karak

SEORANG pemandu lori ditemukan rentung selepas kenderaan dipandu terbakar di Kilometer 28 Lebuhraya KL-Karak, arah Genting Sempah menghala Kuala Lumpur, awal pagi tadi.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Muhammad Izzat Kamarudin, berusia 28 tahun.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, panggilan kecemasan mengenai kejadian diterima pada pukul 4.21 pagi, sebelum menghantar sepasukan anggota ke lokasi.

Katanya, laporan oleh komander operasi, kebakaran melibatkan sebuah lori membawa muatan debu simen.

“Lori terbabit telah terbakar 60 peratus akibat kemalangan dan terdapat seorang mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 5.12 pagi.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus

IG:
Utusan Melayu Plus

TikTok:
@utusanmelayuplusofficial

Whatapps Channel:
UTUSAN MELAYU PLUS


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img