Pemandu lori tersepit dalam nahas dua kenderaan, 2km sebelum lokasi kemalangan ragut nyawa seorang wanita

SEORANG pemandu lori tersepit apabila kenderaan dipandunya terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah treler di Kilometer 441 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan berdekatan Bukit Beruntung di Hulu Selangor pagi ini.

Difahamkan kemalangan ini berlaku selang dua jam selepas nahas membabitkan tiga kenderaan yang meragut nyawa seorang wanita di Kilometer 443.2 lebuh raya yang sama awal pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 8.52 pagi.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan.

Jentera bomba tiba di lokasi pada jam 9.09 pagi sebelum mendapati kemalangan melibatkan sebuah lori kontena dan sebuah lori lima tan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, kemalangan mengakibatkan mangsa, seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun tersepit di bahagian pemandu lori lima tan itu.

“Anggota bomba kemudian menjalankan operasi menyelamat menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Mangsa berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba di lokasi kejadian dan dilaporkan mengalami kecederaan pada bahagian kaki,” katanya.

Menurutnya, operasi menyelamat melibatkan seramai 14 anggota bomba.

“Operasi turut menggunakan tiga jentera iaitu Fire Rescue Tender (FRT), Rapid Rescue Vehicle (RRV) dan Compact Fire Rescue Tender (CFRT).

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pasukan perubatan untuk rawatan lanjut,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img