Pemandu maut kereta terjatuh gaung sedalam 80 meter

SEORANG lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas sebelum terjatuh ke gaung sedalam kira-kira 80 meter di jalan lama dari Genting Sempah menghala ke Gombak malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 10.46 malam.

KEADAAN kereta Perodua Kancil yang terjatuh gaung mengakibatkan pemandunya maut di jalan lama dari Genting Sempah menghala ke Gombak malam tadi. GAMBAR: JBPM Selangor

“Seramai tujuh anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh 28 kilometer,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ahmad Mukhlis, mangsa berusia 56 tahun mengalami cedera parah selepas dipercayai tercampak keluar dari kenderaan jenis Perodua Kancil yang dipandunya terjatuh ke dalam gaung kira-kira 80 meter.

“Anggota bomba kemudian menjalankan operasi membawa naik mangsa dari kawasan gaung berkenaan,” tambahnya.

Bagaimanapun katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) jam 1.15 pagi ini.

“Kes ini diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img