Pemandu treler terlibat nahas ragut nyawa 3 sekeluarga direman 4 hari

PEMANDU treler yang merempuh van dinaiki lima sekeluarga sehingga mengorbankan tiga daripadanya di Kilometer 212, Jalan Johor Bahru-Seremban dekat Simpang Taman Golden Hill, Gemas Baharu di Segamat semalam direman empat hari bagi membantu siasatan.

Perintah reman terhadap suspek berusia 29 tahun itu dikeluarkan Majistret Amalina Johar di Mahkamah Majistret Segamat bermula hari ini sehingga Isnin depan.

Ia bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 44 (1) (a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Mohd Jumazanzahir Chek Ismail berkata, suspek disahkan positif dadah selepas polis menjalankan ujian saringan air kencing sejurus kemalangan terbabit.

Menurut beliau, suspek ditahan petang semalam bagi membantu siasatan sebelum disahkan positif dadah jenis methampethamine.

“Siasatan sebelum ini dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) akta sama namun ditukarkan kepada Seksyen 44 (1) (a) kerana memandu bawah pengaruh dadah hingga menyebabkan kematian,” katanya.

Dalam kejadian jam 3.45 petang semalam, suami isteri serta seorang lagi ahli keluarga maut selepas van dinaiki lima sekeluarga itu dirempuh dua buah lori.

Ketika kejadian, van dinaiki lima sekeluarga dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Golden Hill, Gemas Baharu.

Mangsa yang maut di lokasi kejadian ialah pemandu van berusia 70-an dan dua penumpang berusia lingkungan 20-an dan 60-an.

Dua lagi ahli keluarga mangsa cedera parah dan kini dirawat di Hospital Segamat.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img