Pemilik akaun Facebook ‘Cikgu Chandra’ ditahan, muat naik hantaran ganggu ketenteraman awam

POLIS menahan seorang individu yang juga pemilik akaun Facebook ‘Cikgu Chandra’ semalam, kerana disyaki memuat naik hantaran dalam Facebook yang dipercayai boleh mengganggu ketenteraman awam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus dalam kenyataan hari ini berkata, suspek ditahan kira-kira 3 petang, dan sebuah telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk memuat naik hantaran tular itu turut dirampas, namun tidak menyatakan lokasi suspek ditahan.

“Suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk siasatan lanjut,” katanya, lapor Bernama.

Fadil berkata, tangkapan itu dibuat susulan laporan polis yang diterima daripada seorang lelaki pada 10 malam pada Selasa lepas, yang melihat satu paparan Facebook oleh suspek didakwa menyentuh isu kaum dan agama serta disifatkan berniat mengganggu ketenteraman awam.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Pihak polis menyeru dan menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang kenyataan atau memuat naik hantaran sensitif yang menyentuh isu 3R dan boleh mengganggu keamanan serta keselamatan awam.

“Tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana individu yang cuba memainkan sentimen ini untuk meraih populariti dan meraih sokongan daripada mana-mana pihak,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img