Pemilik kedai cuci kereta maut ditembak depan premis

SEORANG lelaki dipercayai pemilik kedai cuci kereta maut ditembak individu tidak dikenali di hadapan premis itu di Jalan Nibong Tebal malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, polis dimaklumkan mengenai kejadian itu pada jam 10.40 malam.

“Mangsa seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an dan hasil siasatan awal mendapati dia ditembak beberapa das pada bahagian badan dan kaki oleh seorang suspek yang tidak dikenali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, saksi di tempat kejadian memberitahu polis, mangsa didatangi dua lelaki menaiki motosikal sebelum pembonceng turun dan menghampiri mangsa lalu melepaskan beberapa das tembakan dari jarak dekat, manakala seorang lagi suspek menunggu di motosikal.

Mohd Alwi berkata, kedua-dua suspek memakai pakaian gelap dan bertopi keledar serta disyaki menggunakan sepucuk senjata api separa automatik.

Tambahnya, mangsa yang mengalami kecederaan parah dibawa ke hospital, sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan motif pembunuhan masih dalam siasatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Superintenden Mohd Hafzan Amrie Hashim menerusi talian 012-818 8389.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img