Pendaki mati kesejukan di Gunung Liang, dua malim gunung ditahan

Dua malim gunung ditahan Jabatan Perhutanan Perak bagi membantu siasatan tidak memiliki permit sah masuk kawasan hutan simpan di negeri itu susulan kematian seorang pendaki dipercayai maut kesejukan, di Gunung Liang, dekat Tanjong Malim, semalam.

Timbalan Ketua Polis Perak, Mohammad Azlin Sadari, berkata semakan mendapati kumpulan itu hanya mempunyai permit sah bagi laluan di Bukit Fraser, Pahang iaitu lokasi mereka memulakan aktiviti mendaki.

“Tangkapan dibuat mengikut Seksyen 47 Akta Perhutanan Negara 1984, bagaimanapun mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan diambil,” katanya menurut Bernama pada sidang media, di Ipoh.

Beliau menasihatkan orang ramai untuk mendapatkan permit dan kebenaran sebelum melakukan aktiviti pendakian terutama bagi laluan yang merentasi sempadan negeri untuk mengelakkan kejadian tidak diingini.

Dalam pada itu, memetik laporan Kosmo, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Malim, Mohd Zairul Fahmi Nazari, berkata mangsa ditemui dalam keadaan berpakaian lengkap bersama barangannya yang lain seperti ‘sleeping bag’.

“Ketinggian puncak gunung itu adalah sekitar 1,909m dari aras laut. Suhu yang sejuk sehingga boleh mencecah tiga hingga empat darjah Celsius mungkin menjadi sebab mangsa tak dapat bertahan.

“Kita tidak mendapati sebarang kecederaan pada mangsa pada peringkat awal penemuannya namun pasukan mencari dan menyelamat (SAR) telah melaksanakan proses ‘packaging’ (membalut) untuk melindungi mangsa,” katanya.

Semalam, Mustaqqeem Mansoor, 34, ditemukan meninggal dunia selepas dilaporkan hilang sejak dua hari lalu di puncak Gunung Liang Barat pada 3.30 petang, dan usaha membawa turun mayat dilakukan hari ini.

Bomba berkata, tujuh jam diperlukan seorang pendaki untuk turun ke kaki gunung dari kawasan puncak.

 


 

UNDILAH

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img