SISTEM komputer di hentian bas di beberapa bandar Israel, termasuk Ashdod, Ramat Gan dan Modi’in, digodam mencetuskan suasana panik kepada orang ramai.
Skrin yang digodam itu menghentikan paparan jadual perjalanan dan sebaliknya menayangkan serta menyiarkan laungan ‘Allahuakhbar, ayat-ayat al-Quran, dan mesej audio yang hampir menyerupai suara Abu Ubaida , jurucakap Briged Izz ad-Din al-Qassam.
Kandungan tersebut turut memaparkan ancaman untuk membalas tindakan agresif Israel di wilayah Palestin yang diduduki.

Media Israel dan pihak berkuasa pengangkutan mengesahkan insiden itu, menyatakan skrin berkenaan menayangkan takbir (“Allahu Akbar”) serta klip rakaman, termasuk klip yang menyerupai bunyi siren amaran, sekaligus meningkatkan rasa panik dalam kalangan penumpang.
Insiden ini berlaku ketika status Abu Ubaida terus menjadi tanda tanya kerana tiada pengesahan berhubung kedudukan lelaki itu walaupun Israel telah membunuh beliau.
Walaupun gencatan senjata diumumkan secara rasmi di Gaza, tentera Israel terus menyerang kawasan Palestin di seluruh Semenanjung Gaza, meningkatkan lagi jumlah korban dalam serangan yang telah mengorbankan dan mencederakan lebih suku juta rakyat Palestin serta memusnahkan sebahagian besar wilayah itu.


