Pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah cabul murid 10 tahun

SEORANG pengawal keselamatan sebuah sekolah rendah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas pertuduhan mencabul murid perempuan, minggu lalu.

Tertuduh, Kamaruzaman Hassan, 59, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Datin Surita Budin selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dengan memegang dan mengusap tangan mangsa.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira jam 6.40 pagi di sekolah berkenaan pada 11 November lalu, lapor Harian Metro.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Timbalan Pendakwa Raya Norazihah Asmuni menawarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin selain turut memaklumkan mangsa adalah murid tempat tertuduh bekerja.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan dikurangkan kerana diberhentikan kerja pada hari kejadian manakala isteri tidak bekerja.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 dengan syarat tidak mengganggu saksi pendakwaan, melapor diri setiap bulan di balai polis berdekatan dan menyerahkan pasport.

Sebutan semula itu akan dibuat pada 23 Disember hadapan.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img