Penghuni pangsapuri Taman United diarah kosongkan kediaman susulan tanah runtuh

PENGHUNI dua blok pangsapuri melibatkan 104 unit rumah di Taman United, Seputeh di ibu negara diarah mengosongkan kediaman mereka susulan kejadian tanah runtuh di kawasan cerun berhampiran perumahan itu hari ini.

Kejadian itu dipercayai berlaku pada jam 10 pagi melibatkan runtuhan tanah cerun sepanjang kira-kira 60 meter.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seputeh, Timbalan Penguasa Bomba II Armdan Mahat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.02 pagi.

“Dua kereta dan beberapa motosikal terjejas akibat kejadian terbabit. Runtuhan tanah tersebut telah memasuki kawasan pangsapuri berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Sinar Harian.

Armdan berkata, hasil perbincangan di lokasi bersama wakil Parlimen Seputeh dan jurutera Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, dua blok serta premis berhampiran diarahkan untuk dikosongkan.

“Ia berikutan masih terdapat pergerakan tanah dan keadaan cuaca yang sedang hujan lebat. Setakat ini, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut.

“Pihak bomba masih berada di lokasi bagi memantau sebarang pergerakan tanah,” katanya.

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img