Pengukuhan Ringgit: Tidak mutlak baik untuk semua

 

RINGGIT  mengukuh berbanding Dollar Amerika Syarikat (AS) kebelakangan ini. Terkini (30 Januari 2026) sekitar RM3.94 per Dollar AS dari menghampiri RM4.80 per Dollar AS sekitar April yang lalu. Apa yang mendorong pengukuhan ini? Faktor Malaysia atau faktor global?

Apabila secara umumnya mata wang dunia mengukuh secara serentak berbanding Dollar AS, apa ertinya? Mungkin ini titik mula menilai faktor pendorong pengukuhan Ringgit.

Apa pula kesannya ke atas ekonomi negara? Seringkali penilaian ke atas pergerakan nilai tukaran asing terperangkap dengan istilah ‘meningkat-mengukuh’ dan ‘menurun-melemah’ secara literasi.

‘Kukuh’ mestilah baik dan ‘melemah’ mestilah buruk. Berhati-hati dengan perangkap ini. Kenaikan atau penurunan nilai mata wang tidak boleh terus diterjemah secara literasi. Ia mesti dinilai dalam konteks ekonomi tempatan dan global semasa. Tidak mutlak baik atau buruknya.

Malaysia sebuah negara yang ekonominya sangat terbuka, ‘highly open economy’. Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan nilai dagangan Malaysia mencecah nilai tertinggi RM3 trilion.

Jumlah perdagangan merujuk kepada jumlah eksport (RM1.61 trilion) dan import (RM1.46 trilion). Kenaikan nilai dagangan yang berpunca dari kenaikan eksport kita raikan. Namun kenaikan nilai dagangan akibat peningkatan import adalah bocoran kepada ekonomi Malaysia.

Ringgit yang mengukuh memberi kesan kepada kedua-duanya, eksport dan import. Dalam konteks ‘harga’, barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Malaysia menjadi lebih mahal dalam perspektif masyarakat global. Sebaliknya untuk Malaysia, import dan pembelian perkhidmatan dari luar negara menjadi lebih murah.

Kenaikan nilai Ringgit memberi kesan yang bertentangan kepada pihak yang mengeksport/menjual perkhidmatan berbanding yang mengimport/membeli perkhidmatan. Di samping kesan ke atas perdagangan (eksport dan import), kesan sedemikian juga berlaku kepada penilaian aset (hakiki dan kewangan) yang mengesani aliran portfolio pelaburan hakiki dan kewangan.

Pengukuhan nilai Ringgit perlu dikaji puncanya dan tidak mutlak baik untuk negara. Kesan bersihnya ke atas ekonomi negara mesti dikaji dalam konteks pelbagai impak ini.

MINDA UKM: Bersama Membangunkan Negara



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus

IG:
Utusan Melayu Plus

TikTok:
@utusanmelayuplusofficial

Whatapps Channel:
UTUSAN MELAYU PLUS


Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img