Pengurus syarikat kerugian RM1.3 juta diperdaya urusan pembelian tanah

SEORANG pengurus syarikat mendakwa kerugian RM1.3 juta akibat diperdaya sebuah firma guaman berkaitan urusan pembelian tanah pada Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, pihaknya menerima laporan daripada lelaki warga tempatan itu berhubung kejadian yang didakwa berlaku pada 8 Januari lalu.

Menurut beliau, mangsa berusia 42 tahun berminat untuk membeli hartanah dan bertindak menyerahkan deposit sebanyak RM1.3 juta kepada sebuah firma guaman yang mendakwa mewakili penjual bagi urusan terbabit.

Katanya, mangsa kemudian dimaklumkan deposit itu sudah diserahkan kepada penjual sedangkan urusan jual beli masih belum dimuktamadkan.

“Mangsa terkilan apabila menerima maklumat bahawa pemilik tanah tidak pernah melantik mana-mana pihak untuk menjual hartanah terbabit.

“Mangsa yang mengesyaki dirinya tertipu bertindak membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Seng Lee berkata, kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img