Peniaga lesap lebih RM100,000, terpedaya tawaran rakan kongsi saham

SEORANG peniaga lelaki kerugian sebanyak RM100,900 di Kuala Terengganu selepas diperdayakan sindiket penipuan pelaburan dalam talian, Disember tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli Mohd Noor berkata, mangsa berusia 35 tahun mendakwa menerima mesej daripada seorang pelanggan lelaki Indonesia melalui WhatsApp pada 16 Dis 2025.

Beliau berkata, suspek menawarkan mangsa menjadi rakan kongsi pelaburan saham dan menunjukkan pelbagai gambar serta dokumen sebagai bukti keuntungan.

“Mangsa yang tertarik dengan tawaran itu membuat 15 transaksi berjumlah RM100,900 ke 15 akaun dari 17 Disember 2025 hingga 24 Januari.

“Selain wang simpanan, mangsa menjual lima motosikal dan membuat pinjaman dengan rakan serta saudara terdekat untuk dijadikan modal,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Bernama.

Azli berkata, mangsa membuat laporan pada 6.07 petang semalam setelah gagal mendapatkan keuntungan dan tidak dapat menghubungi suspek.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img