Penyalahgunaan kad SIM ancam integriti komunikasi, keselamatan pengguna – MCMC

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memandang serius penyalahgunaan peralatan telekomunikasi, termasuk peralatan SIM Box dan kad SIM, yang digunakan bagi tujuan jenayah dan aktiviti penipuan dalam talian.

MCMC dalam kenyataan berkata, peralatan SIM Box serta penggunaan kad SIM secara pukal, termasuk kad SIM asing, sering disalahgunakan bagi penciptaan akaun palsu dalam talian secara besar-besaran, memintas kawalan keselamatan platform digital, serta memudahkan kegiatan seperti penipuan dalam talian dan jenayah dalam talian yang lain.’’

‘’Penyalahgunaan ini memberi ancaman kepada integriti rangkaian komunikasi negara serta keselamatan pengguna,’’ kata MCMC.

Suruhanjaya itu memaklumkan  dalam satu operasi bersepadu bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dijalankan baru-baru ini di Kajang, 50 peralatan SIM Box, 5,000 kad sim dan kelengkapan berkaitan telah dirampas bagi tujuan siasatan.

‘’Operasi dan siasatan telah diterajui sepenuhnya oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), dengan siasatan oleh MCMC di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000,’’ kata MCMC.

MCMC menegaskan, kegiatan penyalahgunaan SIM Box dan kad SIM secara pukal, termasuk kad SIM asing, membolehkan penjenayah mencipta akaun palsu bagi menjalankan penipuan dan jenayah dalam talian, sekali gus membahayakan pengguna.

‘’Bagi kesalahan di bawah seksyen 239 Akta 588, sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga dua (2) tahun atau kedua-duanya sekali,’’ MCMC.

MCMC berkata, penyalahgunaan SIM Box dan kad SIM, untuk mencipta akaun palsu dalam talian merupakan ancaman serius kepada keselamatan negara.

‘’ Penyedia perkhidmatan telekomunikasi perlu memperketatkan kawalan pendaftaran kad SIM dalam menjamin keselamatan digital. MCMC akan terus bekerjasama rapat dengan PDRM dan agensi penguatkuasaan lain bagi menjamin keselamatan negara, mencegah penyalahgunaan perkhidmatan telekomunikasi, serta memastikan pematuhan kepada undang-undang dan peraturan sedia ada,’’ kata MCMC.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img