Perhilitan digesa bertindak ke atas pelaku belasah monyet

PERSATUAN Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) menggesa Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengambil tindakan segera terhadap individu yang dilihat membelasah, menampar dan menghempas seekor monyet dalam video tular, berlaku di Kelantan.

Rakaman video menunjukkan monyet itu dirantai, ditampar dan dipukul berulang kali sehingga menyebabkan haiwan itu menanggung kesakitan.

Persatuan itu turut mendesak Perhilitan segera menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

“Kami menggesa saksi atau sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat mengenai kes ini untuk tampil membantu siasatan,” kata SAFM dalam satu kenyataan, lapor Berita Harian.

Persatuan itu mengingatkan orang ramai perbuatan mendera haiwan adalah kesalahan serius mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.

Mengikut Seksyen 86, pesalah boleh dikenakan denda sehingga RM100,000, hukuman penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.

SAFM berkata, pihaknya akan terus memantau perkembangan kes serta memastikan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dan segera demi menegakkan keadilan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img