PERKHIDMATAN komuter menghubungkan laluan Batu Tiga dan Subang Jaya tergendala berikutan gangguan bekalan elektrik disebabkan alat talian atas terbingkas, pagi ini.
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menerusi kenyataan memaklumkan, empat tren yang melalui laluan berkenaan ditamatkan di tiga stesen.
“Tren tamat di Stesen Batu Tiga, Stesen Shah Alam dan Stesen Padang Jawa.
“Manakala tren komuter dari Stesen Setia Jaya ke Stesen KL Sentral akan beroperasi mengikut jadual,” kata kenyataan itu dipetik daripada Harian Metro.
Menurut KTMB, bas perantara disediakan di stesen terbabit untuk ke Stesen Subang Jaya.
Katanya, penumpang dinasihatkan menggunakan pengangkutan alternatif untuk meneruskan perjalanan ke destinasi yang dituju dan pihaknya memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi.
Terdahulu, tular beberapa rakaman video pengguna komuter terkandas di dalam tren berhampiran Stesen Subang Jaya.
UNDILAH |



