Perkhidmatan monorel KL terganggu akibat masalah teknikal

PERKHIDMATAN monorel Kuala Lumpur mengalami kelewatan selepas sebuah tren terhenti di landasan akibat gangguan sistem teknikal antara stesen Medan Tuanku dan Chow Kit.

Rapid Rail Sdn Bhd dalam satu kenyataan berkata, pegawai transit yang berada di dalam tren itu berjaya memindahkan penumpang ke stesen berhampiran.

Katanya, pihak operasi mengaktifkan perkhidmatan tren perantara alternatif antara stesen KL Sentral dan Hang Tuah, serta antara Hang Tuah dan Bukit Nanas.

Bas perantara juga disediakan antara stesen Titiwangsa dan Bukit Nanas.

“Pasukan kejuruteraan berada di lokasi bagi menjalankan kerja-kerja baik pulih dan mengembalilan operasi normal secepat mungkin.

“Penumpang dinasihat untuk merujuk kepada laman sosial Rapid KL bagi mendapatkan maklumat lanjut dan perkembangan terkini status perkhidmatan,” kata kenyataan itu, lapor FMT.

Terdahulu, tular beberapa video menunjukkan tren monorel tidak bergerak di landasan dan penumpang dilihat dipindahkan dari satu tren ke tren lain dengan bantuan kakitangan Rapid Rail.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img