PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibraim menegaskan keputusan kerajaan Persekutuan menaikkan pulangan hasil kepada Sabah bukan dibuat atas dasar politik, sebaliknya berdasarkan keperluan sebenar rakyat dan negeri berkenaan yang masih berdepan kekurangan kemudahan asas.
Beliau berkata, langkah itu diambil bagi memastikan rakyat Sabah mendapat manfaat pembangunan yang seimbang dengan negeri lain di Semenanjung, sejajar dengan semangat Malaysia Madani yang menekankan keadilan sosial dan integriti dalam pentadbiran.
“Pulangan hasil kepada Sabah bukan soal politik atau ehsan. Ia soal keperluan dan tanggungjawab kerajaan memastikan keadilan kepada semua negeri,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Amanat Integriti Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.
Sebelum itu ketika sesi penerangan mengenai Pendirian Kerajaan MADANI berhubung Pemberian Khas Persekutuan kepada Sabah di Dewan Rakyat, Anwar berkata, Kerajaan MADANI menunjukkan komitmen berterusan untuk menambah baik kemakmuran Sabah dengan meningkatkan Pemberian Khas Persekutuan kepada negeri itu sebanyak dua kali ganda kepada RM600 juta pada 2025, menjadikannya kadar tertinggi pernah direkodkan setakat ini.
Beliau berkata Persekutuan naikkan pulang hasil kepada Sabah bukan atas dasar politik tapi keperluan – Anwar selepas kajian semula dilaksanakan mengikut Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.
“Kadar pemberian khas yang dinaikkan kepada RM600 juta adalah bersifat interim, sementara kedua-dua kerajaan sedang merumuskan kaedah baharu bagi menentukan perkiraan pemberian khas pada masa depan,” katanya pada
Anwar berkata kajian semula kadar pemberian khas dilaksanakan secara berkala dan diwartakan pada 2022, 2023 dan 2025, mengambil kira kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan serta keperluan menampung kos perkhidmatan di Sabah.
Sebelum ini, kadar pemberian khas kekal RM26.7 juta sejak 1969 sebelum meningkat kepada RM53.4 juta pada 2019, RM125.6 juta pada 2022 dan RM300 juta pada 2023.
UNDILAH |