Pilihan raya Thailand buktikan semangat nasionalisme rakyat, perjuangan BRN pasti sia-sia

SEHARUSNYA keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) Thailand pada awal bulan ini memberi isyarat kepada puak pemisah, Barisan Revolusi Nasional (BRN) untuk menghentikan perjuangan sia-sia mereka.

Keputusan itu membuktikan betapa patriotnya rakyat Thailand termasuklah penduduk Islam apabila mereka memberi kemenangan besar kepada Parti Bhumjaithai di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Anutin Charnvirakul. Parti tersebut mencapai kemenangan besar dengan 194 daripada 500 kerusi yang dipilih oleh pengundi.

Mengikut sistem pilihan raya Thailand, jumlah kerusi Parlimen (Dewan Perwakilan) ialah 500 kerusi. Daripada jumlah itu 400 kerusi kawasan dipilih secara terus oleh pengundi manakala  100 kerusi senarai parti (party-list). Bhumjauthai mencatatkan peningkatan kerusi sebanyak 123 kerusi berbanding tahun 2023.

Penganalisis berkata kemenangan “besar-besaran” Bhumjaithai mencerminkan lonjakan sentimen nasionalis yang berjaya dimanfaatkan oleh parti itu susulan ketegangan yang memuncak di sempadan Thailand–Kemboja.

 Tindakan tegas dan sangat ketara yang diambil oleh Anutin Charnvirakul, berjaya mencetuskan reaksi emosi yang kuat dalam kalangan sebahagian besar pengundi, khususnya melalui penekanannya terhadap pendekatan keselamatan negara yang diterajui oleh tentera.

Pendekatan ini terbukti menjadi faktor penentu dalam menarik sokongan pengundi konservatif dan nasionalis, yang sebahagian besarnya bersatu di belakang Bhumjaithai sebagai reaksi terhadap Parti Rakyat, yang sebelum ini dilihat bersikap bermusuhan terhadap institusi ketenteraan.

 Kebangkitan semula retorik yang mempersoalkan peranan dan keperluan angkatan tentera oleh tokoh-tokoh yang dikaitkan dengan Parti Rakyat turut mencetuskan mobilisasi balas berteraskan patriotisme dan sokongan kepada tentera, sekali gus memberi kelebihan jelas kepada Bhumjaithai.

Semangat patroitisme rakyat Thailand itu juga terbukti apabila Pheu Thai kehilangan 65 kerusi berbanding 2023. Kawasan kuat tradisinya, khususnya di Timur Laut dan Utara, telah dirampas oleh parti Bhumjaithai dan Klatham, dengan kekalahan paling simbolik berlaku di Chiang Mai — tempat kelahiran politik bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra.

Pheu Thai gagal memenangi satu pun kerusi di sana, satu keputusan yang disifatkan oleh ramai pemerhati politik sebagai petanda berakhirnya pengaruh pilihan raya Thaksin yang suatu ketika dahulu begitu ampuh.

Faktor utama kemerosotan Pheu Thai ialah kerosakan reputasi akibat apa yang digelar “kesan pak cik”. Semasa pertikaian sempadan Thailand–Kemboja, rakaman perbualan bocor antara Paetongtarn, anak perempuan Thaksin dan bekas perdana menteri, dengan Hun Sen, Presiden Senat Kemboja, telah menjejaskan kepercayaan awam secara serius.

Dalam rakaman tersebut, Paetongtarn merujuk Hun Sen sebagai “pak cik” dan kelihatan menyatakan senada  dengan beliau, sambil menggambarkan tentera Thailand sebagai berada di pihak yang bertentangan. Episod ini menjadi imej negatif yang berpanjangan dalam kalangan pengundi dan sukar dikawal oleh parti.

Keputusan yang dicapai oleh parti Melayu juga turut memberi isyarat kepada BRN bahawa apapun mereka lakukan penduduk Islam tetap akan menyebelahi parti-parti lain kerana mereka mahu kestabilan dan kedamaian. Ia terbukti apabila isu nasionalisme dan keselamatan menenggelamkan politik identiti.

Ia bermakna tindakan BRN melakukan keganasan termasuk membunuh penduduk yang berkhidmat dengan Pemerintah Thailand adalah kerja sia-sia. Tindakan itu sama sekali tidak mampu mengubah pendirian atau sokongan majoriti penduduk Islam kepada parti-parti lain.

Kalau BRN berharap melalui tindakan mereka, ia boleh menarik sokongan penduduk Islam bersama mereka…itu adalah pandangan yang cukup jahil. Ia memandangkan pendirian pengundi Islam berbeza  ada yang memilih calon tempatan berpengaruh tanpa label Islam dan ada yang bersikap skeptikal terhadap politik nasional kerana isu autonomi, keselamatan dan pembangunan. Akibatnya, undi Islam berpecah dan tidak diterjemahkan kepada kekuatan parti.

Berikutan itulah dalam pilihan raya berkenaan, parti Melayu, Parti Prachachart tidak mencatat kemenangan besar seperti parti-parti besar tetapi masih berjaya memperoleh kerusi di Parlimen — walaupun dalam jumlah yang kecil berbanding Bhumjaithai, People’s Party (Prachachon) dan Pheu Thai.

Berdasarkan kiraan tidak rasmi semasa pilihan raya (94% undi dikira), parti itu memenangi 5 kerusi di Parlimen iaitu 4 kerusi melalui kemenangan di kawasan pilihan raya dan  satu kerusi melalui undi senarai parti (party-list)Ini memberi jumlah sekitar 5 kerusi keseluruhan untuk Prachachart Party dalam Dewan Perwakilan Thailand tahun 2026.

Prestasi kecil tetapi tetap relevan: Parti ini tidak termasuk dalam kelompok parti besar yang membentuk arus utama hasil pilihan raya, tetapi masih kekal sebagai parti kecil yang mempunyai wakil di Dewan Rakyat. Walaupun jumlahnya kecil, kerusi-kerusi tersebut dapat memberi sedikit pengaruh sekiranya diperlukan dalam rundingan coalition atau sokongan kepada kerajaan minoriti/majoriti bergantung kepada dinamika politik selepas pilihan raya.

Oleh itu BRN mesti menghentikan perjuangan sia-sia dengan menggunakan pendekatan kekerasan atau keganasan. Tindakan itu akan mampu mengubah apa-apa. Keputusan pilihan raya tersebut membuktikan penduduk Islam Thailand sayangkan tanah air mereka dan Thailand adalah tanah tumpah darah mereka.

Justerru BRN perlu mencari pendekatan lain termasuk menjadi sebuah parti politik bagi memperjuangkan nasib umat Islam di selatan negara itu di Parlimen. Bertanding atas tiket dan nama sendiri bukan menjadikan mana-mana parti sebagai proksi.

Lagipun BRN berpecah, biro politik mahu mencari jalan damai manakala biro militer tidak mahu. Jadi tiada gunanya BRN membuat apa-apa tuntutan dalam proses rundingan damai, kalau ia tidak dipersetujui oleh biro militer. Dengan semangat nasionalisme dan jiwa patriotik yang kuat dalam kalangan rakyat Thailand termasuk di Selatan, perjuangan BRN tidak akan  ke mana.

Kemenangan besar Parti Bhumjaithai atas sokongan seluruh rakyat Thailand termasuk umat Islam dalam pilihan raya tersebut menyebabkan  selepas ini tidak mustahil atas nama nasionalisme dan patriotik, parti tersebut yang memegang terajui pemerintahan negara akan mengarahkan tentera memerangi  habis-habisan puak pemisah seperti BRN demi kedaulatan negara itu!

Bagaimanapun masih belum terlambat bagi BRN untuk beralih kepada pendekatan perjuangan melalui cara demokrasi daripada menggunakan keganasan.

Ia memandangkan pendekatan itu  tidak diterima oleh sesiapa, terutama orang-orang di wilayah tersebut. Ini terbukti apabila mereka keluar begitu ramai menggunakan hak mengundi mereka dalam pilihan raya lalu.

Keadaan itu memabuktikan mereka memilih untuk berada dalam sistem, bukan berada di bawah kumpulan yang menggunakan keganasan sebagai alat untuk mendakwa diri mereka mewakili rakyat di wilayah berkenaan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img