PM cadang Madinatul Quran jadi projek ummah bertaraf serantau

KERAJAAN sedang memperhalusi cadangan pembangunan Madinatul Quran sebagai projek ummah bertaraf serantau yang menghimpunkan fungsi percetakan mushaf, pusat pengajian dan institusi penyelidikan al-Quran.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mengadakan perbincangan dalam masa terdekat dengan Pengerusi Eksekutif Yayasan Restu, Datuk Dr  Abdul Latiff Mirasa berhubung idea yang dikemukakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof untuk menjadikan projek berkenaan sebagai inisiatif umat Islam di dalam dan luar negara.

“Menjadikan ini bukan sahaja gedung, tetapi pengisian yang jauh lebih besar daripada yang direncanakan supaya ia bukan sahaja pusat pencetakan Mushaf tetapi juga menjadikan pusat pengajian, institusi penyelidikan utama di rantau ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Mushaf Malaysia Madani di Kompleks Nasyrul Quran di Putrajaya, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan serta Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img