PM mahu seni silat terus diperkasa

DATUK  Seri Anwar Ibrahim mahu seni silat terus diperkasa khususnya kepada generasi muda kerana ia bukan hanya membentuk akhlak dan disiplin diri malah menanam roh perjuangan.

Perdana Menteri berkata beliau memandang serius usaha berkenaan dan telah menyampaikannya kepada Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) Datuk Megat Zulkarnain Omardin.

“Semangat ini mesti ditanam… ia (silat) bukan hanya latihan seni mempertahankan diri biasa, ia membawa roh perjuangan yang lama, yang mengorbankan darah, keringat, air mata dan nyawa,” katanya

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Pendekar MADANI di Kompleks Sukan Pahang (SUKPA) Kuantan  malam ini.

Anwar berkata program Himpunan Pendekar MADANI bukan acara biasa sebaliknya mampu mengangkat martabat anak muda yang mempunyai semangat serta kekuatan untuk mempertahankan negara dan harga diri bangsa.

“Jangan kita pedulikan pandangan-pandangan yang bebal dan negatif di luar… kita tahu harga diri kita. Kita tahu bahawa mahu pertahankan maruah bangsa ini dan negara kita, kita mesti angkat satu kelompok… anak muda yang punyai semangat dan kekuatan,” kata beliau.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img