PM ucap tahniah kepada pasukan Kardiologi HRPB muncul juara dunia ACC

DATUK Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada pasukan Kardiologi Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh atas kejayaan mereka mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.

Perdana Menteri berharap pasukan yang muncul sebagai juara dunia dalam pertandingan `Fellows-in-Training (FITs) Jeopardy‘ sempena American College of Cardiology Conference (ACC) 2026 di Amerika Syarikat (AS) beberapa hari lalu itu mampu menjadi inspirasi kepada masyarakat untuk terus melakar kecemerlangan dalam bidang kesihatan.

TIGA pakar muda negara iaitu Dr Chen Tai Meng, Dr Ang Jian-Gang dan Dr Yee Shen Yew menerima trofi kejuaraan mereka di New Orleans, Amerika Syarikat kelmarin. GAMBAR: Facebook HRPB Ipoh

“Setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan Kardiologi Hospital Raja Permaisuri Bainun atas kejayaan muncul juara dunia ACC 2026, sekali gus mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.

“Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus melakar kecemerlangan dan memperkukuh keupayaan negara dalam bidang kesihatan,” katanya dalam hantaran Facebook rasmi beliau hari ini.

Media sebelum ini melaporkan pasukan itu muncul sebagai juara dunia dalam pertandingan yang diadakan sempena ACC 2026 di New Orleans.

Kejayaan itu dicapai menerusi gandingan tiga pakar muda iaitu Dr Chen Tai Meng, Dr Ang Jian-Gang dan Dr Yee Shen Yew yang berjaya menewaskan peserta dari pelbagai negara.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sebelum ini dilaporkan berkata, pencapaian berprestij itu membuktikan keupayaan pakar perubatan Malaysia setanding dengan yang terbaik di peringkat antarabangsa.

“Syabas juga buat Dr Nor Hanim Mohd Amin (HOD atau Ketua Jabatan Kardiologi) serta seluruh pasukan Kardiologi HRPB atas kepimpinan dan sokongan padu,” katanya.

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img