Polis berkas pencuri gitar milik pemuzik busker wanita

POLIS berjaya menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes kecurian sebuah gitar elektrik bernilai RM8,000 milik seorang busker wanita di sebuah pusat beli-belah di Serdang pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, suspek yang memiliki 11 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah diberkas selepas pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita berusia 31 tahun berhubung kecurian alat muziknya yang berlaku pada jam 5.45 petang.

“Pemuzik wanita itu mendakwa dia yang baru selesai membuat persembahan ‘busking’ menyedari sebuah gitar miliknya jenis ‘Gibson Les Paul Studio Electric’ telah tiada dalam wagon atau tempat simpanan alat muziknya.

“Satu kertas siasatan dibuka di bawah seksyen 379 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Sinar Harian.

Muhamad Farid berkata, bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun semalam.

“Polis turut membuat rampasan barang kes iaitu gitar milik mangsa. Suspek telah direman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan,” katanya.

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img