Polis buru lelaki cuba samun wanita di stesen minyak TTDI

POLIS sedang giat memburu seorang lelaki disyaki terbabit dalam cubaan samun terhadap seorang wanita di sebuah stesen minyak di kawasan Taman Tun Dr Ismail (TTDI), pagi Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chan Hook berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 7.10 pagi.

Katanya, mangsa berusia 25 tahun sedang mengisi angin tayar kereta bersama rakannya apabila seorang suspek menaiki motosikal merapati kenderaan sebelum cuba membuka pintu kereta untuk mengambil beg tangan yang diletakkan di dalam kenderaan.

Dalam kejadian tersebut, kemudian datang suspek lelaki menaiki motosikal merapati kenderaan dan cuba ingin membuka pintu kereta untuk mengambil beg yang diletakkan di dalam kereta.

Tambah beliau, mangsa dan rakannya segera menghalang tindakan suspek menyebabkan berlaku pergelutan.

“Suspek menumbuk tangan dan kepala mangsa sebelum melarikan diri menaiki motosikal tanpa sempat melarikan sebarang barangan berharga.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hoo berkata, ketika ini, risikan masih dijalankan memandangkan motosikal yang digunakan oleh suspek menggunakan nombor pendaftaran palsu.

“Lakaran fotofit suspek lelaki Melayu dibuat dan polis giat memburu suspek dan tangkapan akan dijalankan segera,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img