Polis buru suspek gangguan seksual di MRT Kajang

POLIS sedang giat mengesan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian gangguan seksual di kawasan Gate A MRT Kajang selepas video insiden itu tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya mengesahkan menerima maklumat mengenai video berdurasi 23 saat yang tular di aplikasi Threads pada kira-kira jam 9 pagi, semalam

Menurutnya, siasatan di lokasi kejadian telah dijalankan dan rakaman video berkenaan menunjukkan seorang lelaki dipercayai melakukan perbuatan tersebut.

“Tindakan mengesan dan menangkap suspek sedang giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu tersebut untuk tampil ke mana-mana Balai Polis berdekatan atau terus menghubungi Ibu Pejabat Polis Kajang di talian 03-89114222 atau pegawai penyiasat, Sjn Nor Atiqah binti Anuar di talian 013-7948922,” katanya.

Sehubungan itu, polis menasihatkan orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan video berkenaan yang boleh menimbulkan kegusaran masyarakat.

“Tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan platform media sosial,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img