Anggota polis berpangkat Sarjan dilaporkan hilang 

SEORANG anggota polis berpangkat Sarjan dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, orang hilang (OH), Mohd Fadhil Mohamed @ Ahadiah, 40, kali terakhir dilihat memandu keluar dengan Proton Saga hitam bernombor pendaftaran WC8024 K, 15 Oktober lalu.

Menurutnya, laporan kehilangannya dibuat 9.15 malam Khamis lalu selepas mangsa gagal dikesan ahli keluarganya.

OH memiliki ketinggian 167 sentimeter, berat 85 kilogram, berkulit coklat, berambut pendek, berhidung lebar, bermata sepet, dan bermulut tebal.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil ke balai polis berhampiran atau terus menghubungi Bilik GerakanIPD Subang Jaya di talian 03-78627222 / 03-78627100, atau Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Mohd Suhaimi Ibrahim di talian 019-8301476,” katanya dalam kenyataan hari ini.


 

UNDILAH

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img