Polis kejar dan tahan lelaki cuba lari daripada pemeriksaan di KLIA 

POLIS menahan seorang lelaki  selepas mengejar kereta Honda Civic dipandunya   di kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), petang semalam.

Ketua Polis KLIA, M Ravi, berkata suspek berusia 30 tahun itu yang mempunyai 31 rekod jenayah bertindak melanggar beberapa buah kenderaan awam untuk melarikan diri semasa dikejar kereta peronda polis (MPV) dalam kejadian 4.30 petang itu.

“Anggota MPV yang melakukan rondaan cegah jenayah di sekitar kawasan KLIA cuba menahan sebuah kenderaan jenis Honda Civic berwarna merah namun pemandu berkenaan enggan berhenti untuk pemeriksaan.

“Pemandu kenderaan tersebut telah cuba melarikan diri ke arah laluan terminal KLIA Aras 3 hingga melanggar lima buah kenderaan awam yang berada di laluan tersebut sebelum berjaya ditahan berdekatan dengan tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 186 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta melakukan khianat, selain Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kesalahan trafik berkaitan.

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Sepang hari ini bagi tujuan permohonan reman.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img