Polis kesan lelaki tular patahkan cermin sisi kereta

POLIS mengesan seorang lelaki bertindak mematahkan cermin sisi sebuah kereta yang dipercayai berlaku di kawasan Cheras, semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima laporan polis berkaitan video tersebut pada jam 8.40 malam mengenai satu video dimuatnaik di laman media sosial TikTok oleh pemilik akaun @cyberjayaviral.

Menurutnya, kejadian berlaku di kawasan Cheras dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kes masih dalam siasatan untuk mengesan suspek dan pemilik kereta serta mengenalpasti pemilik akaun TikTok daripada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img