Polis kesan suspek, mangsa kes rakam bawah skirt di pusat beli-belah

POLIS sedang mengesan mangsa dan suspek yang terlibat dalam hantaran tular seorang lelaki merakam bahagian bawah skirt wanita di sebuah premis dalam pusat beli-belah di Subang Jaya, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya mengesahkan sudah menerima laporan berhubung video tular berkenaan.

“Siasatan sedang giat dijalankan bagi mengesan serta mengenal pasti mangsa dan suspek yang terbabit. Perkembangan berhubung kes berkenaan akan dimaklumkan,” katanya dalam kenyataan ringkas hari ini.

Terdahulu, seorang pengguna media sosial berkongsi video dan hantaran mendakwa seorang lelaki dilihat merakam gambar bahagian bawah skirt wanita sebelum cuba melarikan diri apabila menyedari kegiatannya itu disedari individu terbabit.

Dakwa pengguna media sosial itu, lelaki berusia lingkungan 30-an hingga 40-an itu sempat ditahan dan berpura-pura memadam gambar sambil berdalih mendakwa tidak mengambil gambar apabila individu terbabit meminta untuk melihat telefon lelaki itu.

“Masa itu gambar memang sudah tiada. Kami bersama kakitangan kedai minta tengok kamera litar tertutup (CCTV) dan memang sah lelaki terbabit ada curi ambil gambar, malah sangat jelas,” dakwanya dalam hantaran berkenaan.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img