Polis sahkan mayat dalam beg adalah Suri Narudin

POLIS hari ini mengesahkan  mayat seorang wanita di dalam beg di sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4 Rembay ialah Suri Narudin.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, pengesahan itu adalah hasil pemeriksaan dan perbandingan cap jari yang dijalankan oleh pihaknya.

“Satu set cap jari mangsa telah dikemukakan ke Pejabat Pendaftaran Penjenayah Malaysia, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi tujuan semakan.

“Berdasarkan pemeriksaan dan perbandingan cap jari, pihak polis mengesahkan cap jari berkenaan sepadan dengan rekod dalam Sistem Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) atas nama Suri Narudin yang dilaporkan hilang melalui laporan polis di Balai Polis Ampang pada 15 Disember 2025,” katanya dalam kenyataan.

 Beliau berkata,  polis turut menerima laporan analisis DNA (Deoxyribonucleic Acid) daripada Jabatan Kimia Malaysia yang menunjukkan hubungan kekeluargaan dengan ahli keluarga Suri.

“Hasil keputusan analisis DNA mendapati, spesimen yang dianalisis menunjukkan hubungan kekeluargaan terdekat iaitu adik-beradik kandung dengan kebarangkalian hubungan yang sangat tinggi.

“Penemuan ini sekali gus mengukuhkan proses pengesahan identiti mayat sebagai Suri Binti Narudin,” katanya sambil menasihatkan orang agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes tersebut diminta menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau atau mana-mana balai polis berhampiran.

“PDRM memberi jaminan bahawa siasatan akan dijalankan secara telus, profesional serta berlandaskan undang-undang,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan penemuan mayat seorang wanita di dalam beg di sebuah rumah di Rembau pada 18 Disember lalu yang dikaitkan dengan seorang wanita, Suri Narudin, 53, yang dilaporkan hilang sejak 8 Disember lalu.

Media sebelum ini melaporkan polis menemui mayat seorang wanita di dalam beg yang ditanam di sebuah rumah tidak berpenghuni di Batu 4 Pedas, Khamis lalu.

Terdahulu, Polis Daerah Ampang meminta orang ramai memberi maklumat mengenai seorang wanita dikenali sebagai Suri Narudin, 53, yang dikatakan hilang sejak 8 Disember.

Susulan itu, dua lelaki ditahan masing-masing di Melaka dan Genting Sempah kurang 24 jam penemuan mayat dengan salah seorang daripada adalah suspek utama yang dikatakan saling mengenali dengan mangsa.

Susulan itu, polis menahan dua lelaki masing-masing di Melaka termasuk suspek di Genting Sempah, Bentong, Pahang untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Identiti wanita itu sebelum ini sukar untuk disahkan berikutan keadaan mayat yang sudah mereput dan dipercayai meninggal dunia melebihi tiga hari.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img