Polis siasat pergaduhan dua kumpulan gara-gara main mercun

POLIS mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian pergaduhan membabitkan dua kumpulan di Kampung Melayu, Air Itam seperti yang tular menerusi media sosial hari ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, pihaknya akan memohon perintah untuk siasat (OTI) daripada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

“Polis akan membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan pada masa sama akan mohon OTI daripada TPR,” katanya ketika dihubungi media malam ini.

Terdahulu, tular dalam media sosial satu video berdurasi 1 minit 47 saat memaparkan dua kumpulan individu bertengkar mulut termasuk saling memaki hamun dipercayai berpunca daripada aktiviti bermain mercun dan bunga api.

Difahamkan satu daripada kumpulan itu bermain mercun berhampiran kawasan rumah penduduk padsa waktu malam sehingga menimbulkan kemarahan keluarga yang tinggal di situ dan bertindak menegur mereka sebelum berlarutan sehingga menjadi pertengkaran mulut serta hampir mencetuskan pergaduhan fizikal.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img