Polis siasat treler bawa muatan helikopter di Subang Jaya

POLIS menjalankan siasatan berhubung  sebuah treler membawa muatan helikopter menyebabkan kesesakan lalu lintas dari arah Lebuhraya Shah Alam (Kesas) ke susur Jalan Persiaran Kewajipan di Subang Jaya.

Ketua Polis Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, berkata pihaknya menerima laporan pada 8.06 malam tadi berhubung satu video tular menunjukkan kejadian itu.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku 4 Disember lalu kira-kira 4.30 petang, apabila sebuah treler membawa muatan helikopter tidak dapat melalui susur jalan tersebut kerana muatannya terlalu panjang sehingga mengakibatkan kesesakan.

“Sebuah ambulans turut dilihat terganggu perjalanannya akibat kesesakan itu,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, nombor pendaftaran treler itu belum dapat dikenal pasti dan kes disiasat mengikut Kaedah Rule 9(2) LN 166/59.

Orang ramai mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Subang Jaya, Mohd Azizul Hakim Roslan di talian 011-28914495.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img