Polis siasat video tular MPV ambil bungkusan di restoran mamak

IBU Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh sedang menjalankan siasatan berhubung satu rakaman video tular memaparkan sebuah kereta peronda (MPV) milik pasukan itu yang berhenti untuk mengambil bungkusan di sebuah restoran mamak, semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya mengesan video berdurasi 12 saat itu dalam media sosial pada 7.50 malam yang memaparkan insiden di kawasan deretan kedai dalam daerah pentadbiran berkenaan.

Menurut beliau, rakaman itu menunjukkan seorang pekerja restoran menghampiri kenderaan MPV dengan kod kenderaan SL198 sebelum menyerahkan dua bungkusan plastik berwarna putih kepada pemandu kenderaan tersebut pada siang hari.

“Pihak IPD Sungai Buloh mengesahkan kejadian yang berlaku melibatkan MPV milik IPD ini. Perkara ini akan disiasat secara terperinci dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana anggota atau pegawai yang didapati terlibat.

“Kami tidak akan berkompromi dengan mana-mana warga pasukan yang melakukan salah laku hingga boleh menjejaskan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan dengan itu, Mohd Hafiz menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau andaian tidak berasas yang boleh mencemarkan imej pasukan polis dan menyerahkan kepada pihaknya untuk menjalankan siasatan.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img