Polis tahan guru Taska dipercayai dera kanak-kanak dua tahun

POLIS menahan seorang guru taska dipercayai dera fizikal dan mental seorang kanak-kanak berusia dua tahun di Bandar Rimbayu, Kuala Langat dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Mohd Akmalrizal Radzi berkata pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa pada 9.01 malam 24 Ogos lepas, setelah dimaklumkan oleh guru taska lain mengenai tindakan suspek yang bertindak kasar terhadap kanak-kanak perempuan berkenaan.

Beliau berkata berdasarkan laporan, suspek memukul kepala mangsa menggunakan botol air, tudung saji selain turut bertindak mengheret kanak-kanak itu menggunakan kaki dari kawasan kelas sehingga ke bilik air, lapor Bernama.

“Pada 22 Ogos lepas, pengadu melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati kejadian berlaku seperti mana yang diceritakan guru taska lain sebelum ini dan pengadu juga telah berbincang dengan pihak keluarga berkaitan kejadian itu sebelum hadir untuk membuat laporan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Akmalrizal berkata suspek wanita berusia 38 tahun itu bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis selepas lima hari ditahan, dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Beliau turut memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-3187 2222.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img