Polis tahan lelaki bawah pengaruh alkohol halang tugas polis pengiring

SEORANG lelaki ditahan selepas didapati memandu di bawah pengaruh alkohol dan cuba menghalang tugas anggota polis pengiring di Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban, petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6.39 petang membabitkan pemandu lelaki itu yang berusia 41 tahun.

“Individu terbabit bertindak secara provokatif dan dia dibawa ke pejabat JSPT Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut termasuk ujian Evidential Breath Analyzer (EBA).

“Hasil ujian pernafasan mendapati bacaan alkohol adalah 107 mg/100 ml darah, melebihi had yang dibenarkan undang-undang,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Harian Metro.

Bagaimanapun katanya, kejadian itu tidak menyebabkan sebarang kemalangan atau kecederaan.

“Tangkapan terhadap pemandu itu dilakukan di bawah Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu di bawah pengaruh alkohol.

“JSPT Kuala Lumpur merujuk kertas siasatan kepada timbalan pendakwa raya untuk arahan lanjut dan pertuduhan,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img