Polis tahan lelaki disyaki rogol remaja 13 tahun

POLIS berjaya menahan seorang lelaki berusia 54 tahun bagi membantu siasatan kes rogol remaja perempuan bawah umur di Bandar Tasik Puteri, Rawang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak menerima laporan berhubung kes rogol membabitkan mangsa berusia 13 tahun jam 8.15 malam kelmarin.

Menurutnya, siasatan awal mendapati pengadu adalah ibu kepada mangsa, seorang wanita berusia 35 tahun.

“Mangsa dipercayai dirogol oleh seorang lelaki dikenali yang juga penduduk di kawasan kejiranan terbabit.

“Susulan laporan itu, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Gombak menahan suspek di kawasan Bandar Tasik Puteri kelmarin,” katanya dalam kenyataan malam ini, lapor Harian Metro.

Beliau berkata, semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kini direman seminggu bagi membantu siasatan.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat jenayah IPD Gombak Inspektor Nik Nor Aqeela Nik Abdullah di talian 019-9260203 atau Bilik Gerakan IPD Gombak di talian 03-61262222,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img