Polis terima tujuh laporan kes 61 pelajar Malaysia terkandas di Jakarta

POLIS sudah membuka kertas siasatan susulan kejadian 61 pelajar Malaysia yang dilaporkan terkandas lebih tiga jam di Lapangan Antarabangsa Terbang Soekarno-Hatta, Jakarta, Indonesia akibat masalah pengurusan ejen pelancongan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, setakat ini sebanyak tujuh laporan polis sudah diterima pihaknya berhubung kejadian itu.

“Siasatan sedang dijalankan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya kepada Harian Metro ketika dihubungi hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia menghulurkan bantuan segera kepada 61 pelajar yang dilaporkan terkandas lebih tiga jam di Lapangan Antarabangsa Terbang Soekarno-Hatta akibat masalah pengurusan ejen pelancongan 23 Oktober lalu.

Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin dilaporkan berkata, sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kejadian itu, pihak kedutaan terus mengambil tindakan pantas dengan menempatkan semua pelajar berkenaan di sebuah hotel berhampiran lapangan terbang dengan bantuan ejen pelancongan tempatan yang juga rakyat Malaysia.

Sebelum ini, tular dalam media sosial kejadian sekumpulan pelajar dari Malaysia yang mendakwa ditipu ejen pelancongan tempatan apabila terpaksa menunggu lebih tiga jam selepas mendarat di lapangan terbang berkenaan pada tengah hari tarikh berkenaan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img