Polis tumpaskan sindiket pelaburan kripto tidak wujud sasar mangsa warga Taiwan di Melaka

POLIS berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan pelaburan kripto tidak wujud dalam talian selepas menyerbu dua unit kondominium di Ayer Keroh, semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 3.30 petang itu, lima lelaki berusia 17 hingga 33 tahun ditahan, iaitu empat warga tempatan dan seorang warga China.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, premis itu dipercayai dijadikan pusat panggilan bagi menjalankan aktiviti penipuan pelaburan secara dalam talian.

“Siasatan polis mendapati kesemua suspek berperanan sebagai pegawai khidmat pelanggan bagi sindiket tersebut.

“Siasatan awal juga mendapati sindiket ini telah beroperasi sejak November tahun lalu dengan menyasarkan warga Taiwan sebagai mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, polis turut merampas pelbagai peralatan termasuk komputer, telefon bimbit dan peralatan rangkaian dianggarkan berjumlah RM40,000.

Tambahnya, kesemua lima suspek direman bermula hari ini hingga 8 Februari depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 dan 511 Kanun Keseksaan.

“Setakat ini, tiada kerugian dilaporkan namun kita ingin menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada terhadap tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan tanpa risiko.

“Orang awam juga digalakkan untuk menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penipuan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut,” katanya.

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img