Prestasi sensasi Haaland pastikan City tewaskan Everton

Prestasi sensasi Erling Haaland diteruskan apabila dua jaringannya membantu Manchester City menewaskan Everton 2-0 sekali gus melonjak ke tangga kedua Liga Perdana Inggeris.

Namun, skuad bimbingan Pep Guardiola tidak meraih kemenangan itu dengan mudah di Stadium Etihad, apabila pemain Everton, Beto, mensia-siakan peluang keemasan pada awal perlawanan.

Beto, yang menerima hantaran cantik daripada Iliman Ndiaye, gagal menyudahkan peluang dengan pintu gol terbuka.

Pada babak pertama, penglibatan utama Haaland hanyalah ketika tekanannya menyebabkan Jake O’Brien tertanduk bola ke palang gol sendiri, manakala Ndiaye pula menguji Gianluigi Donnarumma di gawang City sebelum beberapa peluang separuh masa tercipta menjelang rehat.

Namun, Haaland akhirnya membuka jaringan pada minit ke-58 dengan tandukan padu hasil hantaran melambung Nico O’Reilly.

Lima minit kemudian, Haaland menggandakan kedudukan dengan rembatan rendah yang terkena pemain lawan dan menewaskan Jordan Pickford, yang kemudian menafikan dua percubaan Haaland untuk melengkapkan hatriknya pada masa kecederaan separuh masa kedua. Kemenangan itu juga melanjutkan rekod tanpa kalah City menentang Everton dalam liga utama kepada 17 perlawanan berturut-turut.

Haaland kini telah menjaringkan 96 gol Liga Perdana dalam hanya 105 perlawanan — menghampiri rekod Alan Shearer yang mencapai 100 gol terpantas (124 perlawanan) pada musim 1995-96.

Pemain berusia 25 tahun itu sudah mengumpul 11 gol liga musim ini, menjadikannya kali ketiga dalam sejarah Liga Perdana seorang pemain menjaringkan 10 atau lebih gol dalam lapan perlawanan pertama musim . Haaland mencatat ketiga-tiganya (musim 2022-23, 2024-25 dan kini 2025-26).

David Moyes pastinya menyesali peluang besar yang disia-siakan oleh Beto, yang turut melepaskan satu lagi peluang satu lawan satu sebelum dikesan ofsaid. Everton hanya mencatat lima percubaan keseluruhan dengan satu sahaja tepat ke sasaran, manakala City mengakhiri perlawanan dengan 19 percubaan.

Moyes kini tewas dalam lapan perlawanan Liga Perdana berturut-turut di tempat lawan menentang City, dengan keputusan terakhir tanpa kalah di Etihad bersama Everton pada Disember 2012.

 


 

UNDILAH

[forminator_poll id=”4900″]

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img