PRN Sabah: Jeffrey Kitingan calon tertua menang, Ellron pemenang termuda

PRESIDEN Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambunan, sekali gus menjadi pemenang tertua yang memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Jeffrey, 78, yang memegang kerusi itu sejak 2018 mengekalkan mandat selepas meraih kemenangan dengan majoriti 7,311 undi dalam saingan tujuh penjuru.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Jeffrey memperoleh 12,595 undi, menewaskan enam calon lain termasuk daripada parti-parti utama seperti Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Parti Warisan dan Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM).

Tambunan yang mempunyai 29,187 pengundi berdaftar merupakan satu daripada tiga kerusi DUN di bawah Parlimen Keningau, lapor Bernama.

Sementara itu, calon Bebas di DUN Tulid Jordan Jude Ellron muncul calon termuda yang berjaya dalam PRN kali ini.

Calon berusia 28 tahun itu melakar kemenangan di DUN Tulid dengan meraih 3,545 undi, menewaskan 13 lagi pencabar lain dengan majoriti 1,195 undi.

Dua pencabar terdekatnya calon STAR Sabah Datuk Baritus Gungkit dan calon Pakatan Harapan (PH) Rufinah Pengeran, masing-masing sekadar meraih dan 2,350 undi dan 1,628 undi manakala 11 lagi calon hilang deposit.

Calon tertua pada PRN kali ini ialah Uling @ Thomas Anggan, 86, daripada Parti Kebangsaan Sabah (PKS) yang bertanding di DUN Bingkor, manakala calon termuda Mohd Syafiq Iqhmal Saharudin, 24, juga mewakili PKS bertanding di DUN Silam.

PRN Sabah ke-17 menyaksikan seramai 596 calon berentap bagi merebut 73 kerusi DUN yang dipertandingkan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img