PRN Sabah: RASMI – Tiada parti perolehi majoriti mudah tubuh kerajaan

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) awal pagi ini mengumumkan keputusan rasmi Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 yang berlangsung semalam dengan menyaksikan Parti Gabungan Rakyat Sabah memperolehi kerusi terbanyak iaitu 29 kerusi.

Parti Warisan Sabah (Warisan) mendapat 25 kerusi, Barisan Nasional 6 kerusi lebih satu kerusi daripada Bebas yang mendapat 5 kerusi diikuti UPKO 3 kerusi.
Parti STAR pula mendapat 3 kerusi.

Sementara itu Perikatan Nasional, Parti Kesejahteraan Demokrasi Malaysia (KDM) dan Pakatan Harapan masing-masing meraih hanya satu kerusi.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Datuk Harun dalam kenyataan berkata,  seramai 1,148,476 orang atau 64.35 peratus telah keluar mengundi dalam pilihan raya yang telah diadakan.

‘’Jumlah tersebut meliputi jumlah pengundi biasa, pengundi awal dan pengundi pos yang telah mengundi dalam pilihan raya ini.

‘’Keputusan PRU Dewan Undangan Sabah ke-17 ini akan disembah maklum kepada Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu pada pagi ini.

Sementara itu sehingga pukul 3 pagi ini. Tiada majlis angkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah dilaksanakan walaupun Datuk Seri Hajiji Mohd Noor telah berada di Istana Seri Kinabalu, di Kota Kinabalu.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img