Prosiding saman fitnah Fahmi Fadzil ke atas tiga individu bermula Isnin depan

MENTERI Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan prosiding saman fitnah yang difailkan beliau terhadap tiga individu berkaitan tuduhan kempen politik di masjid akan mula dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin depan.

Menurut Fahmi, saman tersebut melibatkan Wan Azri Wan Deris ataupun Papagomo; pendakwah, Ahmad Dusuki Abd Rani dan Mohd Fauzan Madzlan yang merupakan pengendali akaun Facebook.

Beliau berkata, saman fitnah terbabit dikemukakan susulan dakwaan pada 2023 yang menuduh beliau berkempen serta menyampaikan ceramah politik di dalam masjid.

“Kes itu akan berjalan pada hari Isnin. Saya difahamkan saya akan menjadi saksi, manakala peguam saya ialah saudara Asheeq Ali.

“Perbicaraan akan berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bermula jam 9 pagi. Selepas tiga tahun, saya mahu membersihkan nama saya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Keadilan Wilayah Persekutuan hari ini.

Menurutnya, tindakan undang-undang itu telah difailkan hampir serta-merta pada 2023 sebaik sahaja dakwaan berkenaan timbul, namun mengambil masa untuk melalui proses mahkamah sebelum dibicarakan.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img