Pusat beli-belah The Mines dilanda banjir

PUSAT beli-belah The Mines di Seri Kembangan, Selangor dilanda banjir susulan hujan lebat yang turun di ibu negara pada petang ini.

Menerusi beberapa video yang tular dalam media sosial, beberapa premis dipercayai terpaksa ditutup akibat kejadian terbabit.

Orang ramai yang berada di dalam pusat beli-belah itu juga dilihat berjalan mengharungi air paras buku lali.

Bagaimanapun, setakat ini belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pihak pengurusan pusat beli-belah tersebut.

Difahamkan banjir kilat di pusat beli belah itu pernah berlaku pada Oktober tahun 2008 apabila hujan lebat tanpa henti selama dua jam menyebabkan limpahan air ke lantai bawah pusat beli belah berkenaan.

Satu keunikan pusat beli belah itu adalah terdapat laluan tasik di dalamnya yang turut menyediakan kemudahan bot untuk pengunjung menikmati keindahan tasik di sekitar kawasan berkenaan.

Dalam kejadian pada tahun 2008, pusat beli belah itu mengalami kejadian yang sama iaitu air banjir melimpah selepas hujan lebat selama dua jam.

Dipercayai air daripada tasik The Mines tidak dapat menampung limpahan air hujan menyebabkan berlaku banjir di tingkat paling bawah pusat beli belah tersebut.

Berikutan itu, beberapa premis terpaksa menutup perniagaan kerana air memasuki kedai terlibat.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img