Rasuah dalam Imigresen terus dibongkar, 10 pegawai ditahan disyaki terima suapan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja

AMALAN rasuah dalam kalangan segelintir pegawai Imigresen terus  dibongkar apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 10 orang pegawai jabatan berkenaan selepas disyaki terlibat rasuah Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK).

Dalam Ops Bleach itu, seorang pesara kerajaan turut ditahan agensi di sekitar Lembah Klang, hari ini.

Memetik Berita Harian, semua suspek terdiri tujuh lelaki dan empat wanita berusia lingkungan 30 hingga 50-an ditahan itu oleh sepasukan pegawai Bahagian Perisikan SPRM.

Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Saiful Ezral Arifin mengesahkan tangkapan itu.

Beliau berkata, kes kini disiasat di bawah Seksyen 17 Akta SPRM 2009.

“Semua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya esok pagi bagi permohonan reman,” katanya.

Sementara itu, suspek yang ditahan terbabit rasuah bagi mempercepat proses permohonan program pemutihan pendatang asing menerusi RTK.

Sumber berkata, siasatan awal mendapati suspek dipercayai menerima rasuah sebagai balasan bagi mempercepat permohonan pendatang asing yang berada di negara ini sebagai pekerja asing sah menerusi program RTK.

“Ops Bleach ini adalah operasi susulan yang dijalankan SPRM berkait sindiket Counter Setting menerusi Ops Rentas dan Ops Dygo yang dijalankan baru-baru ini,” katanya.

Kata sumber, susulan tangkapan itu juga, SPRM turut menyita wang tunai lebih RM116,000, 14 unit peranti telekomunikasi, barang kemas serta kepingan emas, tiga unit kereta serta dua unit motosikal.

Dalam Ops Rentas baru-baru ini, sekurang-kurangnya 31 individu diberkas, termasuk 19 pegawai penguat kuasa yang bertugas di Terminal 1 serta Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ops Dygo pula membabitkan sepasang suami isteri yang juga pegawai Jabatan Imigresen, disyaki mengumpul kekayaan dengan memainkan peranan penting dalam kegiatan sindiket counter setting yang melepaskan warga asing memasuki negara tanpa mengikut prosedur ditetapkan.

Pasangan itu didakwa bukan saja membeli barangan kemas daripada hasil kegiatan itu, malah mampu membuka sebuah kedai emas dengan simpanan emas mencecah nilai RM1.4 juta..

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img