Remaja 14 tahun Nur Raihan Irdina gagal dikesan selepas keluar dari rumah

POLIS meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung, Hulu Selangor awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ibrahim Husin berkata, remaja terbabit, Nur Raihan Irdina Muhamad Ridzuan disedari hilang oleh ibunya pagi ini apabila tidak pulang sehingga kini.

Menurut beliau, ibu remaja itu membuat laporan mengenai kehilangan anaknya di Balai Polis Bukit Sentosa pada jam 10 pagi.

Katanya, pengadu memaklumkan anaknya keluar dari rumah sejak jam 5.30 pagi ini  dan sehingga kini masih tidak pulang ke rumah.

“Kali terakhir remaja itu dilihat pengadu memakai baju T lengan panjang warna putih dan seluar trek warna hitam.

“Nur Raihan Irdina berambut panjang dan berkulit cerah selain mempunyai ketinggian 148 sentimeter,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Ibrahim berkata, polis masih giat mengesan remaja terbabit namun sehingga kini masih belum ditemukan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung remaja ini supaya tampil menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor D Sugu di talian 03-6064 1222 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor di talian 03-6065 1021 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img