Remaja 17 tahun raih RM76,000 dalam tempoh sembilan bulan jual kandungan video lucah

SEORANG remaja berusia 17 tahun mampu menjadi pendapatan sehingga RM76,000 daripada hasil menjual kandungan video lucah dan mengeksploitasikan seksual kanak-kanak di ruang siber.

Kegiatan remaja tersebut terbongkar melalui operasi khas ‘Op Pedo’ bagi  membanteras jenayah bahan penganiayaan seksual kanak-kanak (CSAM) dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan  kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, remaja terbabit antara 31 suspek lelaki berusia antara 12 hingga 71 tahun yang ditahan dalam operasi serentak di 37 lokasi seluruh negara.

Selain itu, turut ditahan dalam siri operasi sama melibatkan beberapa individu lain terdiri terdiri daripada guru, jurutera, pereka grafik, tukang masak, pelajar sekolah dan IPT serta penganggur.

Operasi ini turut membongkarkan kandungan video lucah yang dijual antara harga serendah sekitar RM30.

“Remaja berusia 17 tahun itu mencatat aliran kewangan sebanyak RM76,000 hanya dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini. Ia menunjukkan peralihan tahap moral yang amat membimbangkan dalam kalangan generasi muda,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Beliau berkata, melalui operasi yang disertai oleh 206 pegawai dan anggota daripada 14 kontinjen PDRM dan MCMC, turut dirampas  82 peranti digital termasuk komputer, telefon bimbit, modem dan storan digital.

Hasil analisis awal kata Mohd Khalid telah menemui lebih 880,000 fail digital mengandungi bahan CSAM dan pornografi dewasa, peningkatan lebih 20 kali ganda berbanding operasi pertama yang dijalankan pada Disember tahun lalu.

“Sebanyak 29 kertas siasatan telah dibuka di bawah pelbagai peruntukan undang-undang termasuk Seksyen 8 dan 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, Seksyen 292 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Katanya ,15 daripada 17 suspek yang dituduh di mahkamah telah mengaku bersalah dan dikenakan denda antara RM1,000 hingga RM10,000, manakala dua lagi memilih untuk dibicarakan.

“Modus operandi dikesan melibatkan aktiviti memuat turun, menyimpan dan mengedar bahan lucah kanak-kanak melalui aplikasi seperti Telegram, Whats App, Facebook, Instagram, Tumblr, Dark Web serta Cloud Storage.

“Sebahagian suspek turut berperanan sebagai pentadbir kumpulan Telegram dan menawarkan akses berbayar kepada bahan CSAM menggunakan transaksi e-dompet dan kod QR perbankan,” katanya.

.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img