Remaja maut dirempuh kereta terbabas masuk laluan bertentangan di Rompin

SEORANG pelajar lelaki maut manakala rakannya cedera selepas motosikal yang mereka naiki dirempuh sebuah kereta yang dipercayai terbabas memasuki laluan bertentangan di Kilometer 124 Jalan Kuantan–Johor Bahru, di Rompin awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.05 pagi itu, mangsa, Muhammad Danish Irfan Abdullah, 16, beralamat di Kampung Bahagia, Mersing, Johor meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.

GAMBAR: IPD Rompin

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, pembonceng motosikal, Wan Muhammad Isyraff Farish Wan Mohd Norsafry, 15, cedera di kaki dan kini menerima rawatan lanjut.

Beliau berkata, kemalangan melibatkan sebuah Proton Waja dan motosikal Honda Wave dinaiki dua remaja berkenaan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kereta yang dipandu lelaki berusia 32 tahun itu dalam perjalanan dari arah Kuantan menuju ke Johor Bahru sebelum dipercayai hilang kawalan.

“Kenderaan tersebut dipercayai terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh motosikal mangsa yang datang dari arah hadapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sharif Shai berkata, pemandu serta penumpang kereta Proton Waja tersebut bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Rompin untuk proses bedah siasat.

Tambah beliau, kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu atau membahayakan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa memandu dengan berhemah dan mematuhi had laju yang ditetapkan, khususnya pada waktu malam bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img